Air alkali adalah air yang telah mengalami proses penambahan ion hidroksida (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen da ion mineral alkali seperti (sodium,potassium,magnesium dan calcium). Proses penghasilan ari alkali ini akan meningkatkan kandungan mineral dalam air dan pH air akan meningkat tinggi sehingga 9.0-10.6 pH .Air alkali yang keluar dari penapis itu diminum secepat mungkin atau dua hari selepas di tapis untuk mendapat kesan yang optimum.
Kenapa Perlu Air Alkali ?
Air alkali adalah berbeza dengan air biasa kita minum dimana air alkali mengandungi kandungan ion negative yang tinggi serta memiliki tahap didih,kepekatan dan ikatan molekul yang berbeza dengan air paip. Keadaan ini menyebabkan air alkali mampumenyerap masuk ke dalam sel 3 kali ganda lebih cepat berbanding air paip. Struktur molekul yang lebih kecil mampu meningkatkan proses pembuangan toksik yang lebih efektif.
Ion alkali iaitu (OH-) dan ion calcium adalah sumber anti-oksida yang sangat kuat dan apabila ia dalam bentuk cecair bahan ini mampu masuk terus kedalam sel dan meneutralkan radikal bebas tanpa mengalami proses metabolisma, tidak seperti vitamin C, vitamin E dan sebagainya.
Air juga meneutralkan dalam badan dan menyimbangkan pH badan itu (6.9 - 7.2). Badan kita memerlukan nisbah 4 : 1 (bahagian alkali dan 1 bahagian asid) atau 80% alkali 20% asid. Makanan yang kita makan boleh terdiri asid atau alkali dan makanan ini apabila di akhir proses penghazaman akan meninggalkan hampas ataupun yang dinamakan (end product). Hampas ini boleh terdiri dari alkali atau asid bergantung pada kandungan mineral yang yang terdapat dalam makanan.
Apabila badan kita melalui proses metabolisma,makanan tadi dibakar untuk mendapatkan tenaga dan sebagainya akan disimpan menjadi asid lemak dan asid lemak tadi disimpan di beberapa tempat dibahagian bawah kulit, peha, tisu dan organ. Apabila pengumpulan asid lemak ini berlebihan maka keadaan ini akan menggangu pH darah kita da keadaan ini dinamakan asidosis.
Asidosis ini kemudian mengganggu perjalanan sistem kelenjar dan fungsi organ. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mangundang kepada pelbagai jenis penyakit.
Asidosis akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti arthritsi, darah tinggi, sakit kulit dan penuaan. Ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang beralkali iaitu dengan nisbah alkali - asid 4 : 1 dan pengambialn air yang banyak.
Ogan dalaman manusia amat sensitif terhadap perubahan pH. Seperti contoh plasma darah dan bendalir yang menyelubungi sel mempunyai pH 7.2 ke 7.45. Penurunan pH darah ke 6.9 akan mnyebabkan koma atau berkemungkinan maut. Oleh itu, badan manusia telah dikurniakan dengan beberapa mekanisma untuk menyeimbangkan tahap pH dalam badan. Mekanisma tersebut dikenali sebagai "buffers". Sistem buffers berupaya untuk mengikat ion-ion atau melepaskannya daripada bendalir apabila kepekatan itu meningkat atau mengurang, dengan ini badan kita akan berupaya untuk mengekalkan tahap pH yang optimum.
Permakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam dan gula yang tinggi minuman bergas dan gaya hidup yang kurang bersenam serta tekanan hidup menyebabkan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi, seluruh tubuh badan akan berasid.
Masalah ini boleh diatasi dengan meminum banyak air beralkali. Air minuman bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan. Untuk makluman Air Zam-Zam adalah beralkali dan mengandungi banyak mineral.
Sudah tentu ada hikmahnya mengapa Air Zam-Zam bersifat alkali.
Penyakit-Penyakit Disebabkan pH Berasid.
• Kanser Sel - Sel-sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal pada DNA dan boleh menghasilkan sel kanser.
• Kencing Manis - Bahan toksik berasid berkumpul dipankreas, menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin.
• Darah Tinggi - Toksik berasid di dalam badan melekat dan berkumpul di dinding kapilari darang sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat.
• Darah Rendah - Toksik beasid menyerap ion kalsium di dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah.
• Penyakit Buah Pinggang - Pengumpulan toksik berada di dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan akan menyebabkan penyakit uah pinggang.
• Sembelit - Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancar, dinding usus besar kekurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit.
Mencegah Lebih Baik
Dari Merawat.
Dapatkan Sekarang
Sms ke 019-2344377
No comments:
Post a Comment